Karnival Keusahawanan Wanita

2 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti jualan amal, pameran, bengkel pengurusan kewangan, jualan iks dan sebagainya. Pusat internet juga telah membuka gerai dengan mengadakan aktiviti seperti pertandingan menaip untuk golongan dewasa, check your label , edaran risalah advokasi, pameran e-sisa, cabutan bertuah dan sebagainya. Seramai 104 peserta telah hadir di karnival ini. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Adun Paya Jaras iaitu Y.B. Tuan Mohd Khairuddin bin Othman.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melahirkan dan mengumpulkan usahawan wanita yang ada di sekitar kampung ini. Selain itu juga, ia dapat merapatkan hubungan antara pihak pengurusan, Pi, badan- badan kerajaan, NGO dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada peniaga- peniaga kecil utnuk mempromosikan perniagaan mereka kepada orang ramai. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan internet yang betul dan menyedarkan tentang progam kitar semula gajet yang telah rosak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali